Penyanyi utama sebuah kumpulan muzik yang mencipta nama sekitar awal 90-an itu ditahan dalam Ops Dadu dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman.
Dalam operasi bermula jam 8 malam itu, empat pegawai bersama 15 anggota polis melakukan serbuan serentak di kafe siber di Diamond Square dan Plaza Idaman, Gombak di sini.
Ketua Operasi, Superintendan Maszely Minhad berkata, serbuan disasarkan di kawasan berkenaan dipercayai menjadi tumpuan kaki judi menghabiskan masa sambil bermain judi pertaruhan di Internet.
Menurutnya, hasil serbuan itu, seramai 58 individu berusia antara 28 dan 64 tahun diberkas.
“Malah, seorang nenek berusia 58 tahun turut diberkas dalam serbuan itu ketika dipercayai leka berjudi. Namun ketika ditahan, wanita warga emas itu memberi alasan sedang menunggu cucunya,” katanya.
Menurutnya, polis merampas 179 unit komputer dan dua mesin slot yang dikesan sudah diubah suai untuk tujuan perjudian Internet.
“Apa dilakukan itu tidak ubah seperti kasino apabila pemilik pusat kafe siber itu sengaja menyediakan pelbagai jenis permainan judi kepada pelanggan.
“Malah, pemiliknya turut memasang enam kamera litar tertutup (CCTV) untuk memantau sebarang pergerakan polis. Selain itu, hanya pelanggan tetap dibenarkan masuk ke dalam premis,” katanya.
-----------------
Kenyataan Rasmi CyberCafe.My
Saya merujuk kepada perkara di atas. Adalah dimaklum bahawa pusat judi di atas BUKANLAH kafe siber seperti mana dakwaan Superintendan Maszely Minhad. Itu adalah pusat judi. Berbeza dengan kafe siber. Sepatutnya Tuan telah lakukan tindakan semenjak tahun 2005. Sepatutnya juga, pihak Tuan telah mengetahui kerana tempat berkenaan hanyalah 500 meter daripada Balai Polis Setapak.
Sungguh memalukan bagi pihak PDRM kerana mengambil tindakan terlalu lama, dan secara membutatuli menuduh pusat judi berkenaan adalah kafe siber. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.
(gambar menunjukkan peta pusat judi berkenaan dgn Balai Polis Setapak)
Sekian,
xDSL
p/s : harap tuan-tuan dapat sebarkan kebenaran ini.




Menu Utama
Kategori
Recent Articles
Recent Forum Posts
COD 6 - Modern Warfare 2
Call of Duty kembali dengan Modern Warfare 2. mari kita lihat beberapa review daripada portal games.