
Zamzamzairani Mohd. Isa bercakap dengan media pada sidang akhbar Mesyuarat Agung Tahunan Telekom Malaysia di Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.
KUALA LUMPUR 6 Mei - Telekom Malaysia Bhd. (TM) tidak berhasrat mengkaji semula kadar perkhidmatan UniFi kerana apa yang ditawarkan adalah kompetitif di rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zamzamzairani Mohd. Isa berkata: ''Sekiranya mengambil kira pakej termurah iaitu RM149 sebulan, TM menawarkan pakej jalur lebar dengan 5Mpbs dan termasuk video (IPTV) dengan lapan talian.
''Kalau dikira pada harga RM149, pengguna dapat menggunakan jalur lebar dengan kelajuan 5Mpbs, kadar itu adalah sangat kompetitif di peringkat serantau.''
UniFi merupakan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi (HSBB) tiga dalam satu yang ditawarkan TM selain turut menyediakan perkhidmatan tambahan lain.
Zamzamzairani berkata, apa yang menjadi masalah, mereka yang membuat dakwaan secara perbandingan yang tidak adil tanpa melihat teknologi yang kita gunakan.
''Mereka, sebaliknya membandingkan perkhidmatan jalur lebar di Singapura yang didakwa lebih murah, sedangkan di sana mereka menggunakan kabel dan kita pula menggunakan gentian optik,'' katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat agung tahunan TM di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafir dan Ketua Pegawai Kewangannya, Datuk Bazlan Osman.
Zamzamzairani berkata, TM akan terus memberikan tumpuan kepada menambah kemudahan perkhidmatan UniFi sebanyak 18 lagi ibu sawat menjelang Julai ini, menjadikan kepada 22 ibu sawat.
Kawasan-kawasan itu termasuklah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Pulau Pinang.
Di Lembah Klang, lokasi yang bakal menerima perkhidmatan UniFi menjelang Julai ini ialah Bukit Kemuning, Lapangan Terbang Subang, Selat Klang Utara, Sungai Buloh, Melawati, Wangsa Maju, Kepong, Teluk Panglima Garang, Damansara dan Duta.
Kawasan luar Lembah Kelang termasuk Cyberjaya, Putrajaya, Permas dan Senai di Johor, Bukit Tengah dan Bayan Baru di Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech di Kedah.
Zamzamzairani berkata, melihat jumlah itu, TM yakin ia berada di landasan yang betul untuk melengkapkan 750,000 premis sedia dipasang dengan UniFi dan ia juga menepati jadual menyediakan 1.3 juta premis dengan perkhidmatan itu menjelang 2012.
Tambahnya, perkhidmatan UniFi yang terdapat di Shah Alam, Subang Jaya, Taman Tun Dr. Ismail dan Bangsar sejak pelancaran 24 Mac lalu telah menerima 1,700 langganan.
''Bagaimanapun, lebih 10,000 pelanggan berpotensi telah menyatakan minat untuk melanggan dan sedang menunggu perkhidmatan UniFi dipasang,'' jelas beliau.
Ditanya tentang kandungan UniFi, Zamzamzairani yang enggan mengulas lanjut berkata, pihaknya memperuntukan RM250 juta hingga RM300 juta bagi tempoh tiga tahun untuk pembangunan kandungan.
Sementara itu, Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, mesyuarat agung hari ini antara lain telah meluluskan dividen akhir sebanyak 13 sen (selepas ditolak cukai 25 peratus) berjumlah RM348.8 juta.




Menu Utama
Kategori
Recent Articles
Recent Forum Posts
Pelanggan Pusat Siber Disamun
Harian Metro 28 August 2010
JOHOR BAHRU: Sekumpulan pelanggan yang leka bermain permainan internet awal pagi