• Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis

    KUALA LUMPUR 5 Mei – Sekumpulan remaja yang menyamun sebuah premismenerima padah apabila salah seorang daripada mereka ditembak polisdalam satu kejadian di sebuah kafe siber di Jalan Genting Klang di siniawal pagi ini.
    Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi itu, dua anggota polisberpakaian preman yang ditugaskan untuk menjalankan rondaan di kawasanitu masuk ke dalam kafe siber berkenaan dan pergi ke tandas.
    Sebaik keluar dari tandas, kedua-dua mereka terkejut apabila premisterbabit bertukar kecoh apabila tujuh lelaki bersenjatakan parangmenjerit-jerit serta menghunus dan melibas senjata yang dibawa mereka.
    Kesemua suspek yang menyamun kafe siber itu menggunakan pelbagaijenis senjata seperti pedang samurai, parang panjang, parang pemotongdaging, kapak, gergaji dan pisau.
    This article was originally published in forum thread: Remaja samun kafe siber, rakan cedera ditembak polis started by xDSL View original post