Penduduk ikat 'penguatkuasa'
by
Published on 04-25-2010 03:03 AM
KUALA LUMPUR: Tampil lagak tidak ubah seperti pegawai penguat kuasa, namun lima lelaki yang menyamar kakitangan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) rupa-rupanya kumpulan geng samun yang cuba merompak sebuah kafe siber, pagi semalam.
TAHAN...tiga dari empat penjenayah terbabit yang diikat, semalam.
TAHAN...tiga dari empat penjenayah terbabit yang diikat, semalam.
Bagaimanapun, lakonan kurang meyakinkan lima suspek terbabit yang lengkap berpakaian seragam MBPJ berjaya dihidu sebelum suspek dibelasah orang ramai sejurus kumpulan itu cuba melarikan diri.
Seorang saksi yang mahu dikenali sebagai Zainal, 25, berkata, kumpulan lima lelaki yang menyamar pegawai penguatkuasa MBPJ itu muncul jam 7.30 pagi di kawasan kedai berhampiran Palm Spring, Kota Damansara.
Menurutnya, lima penjenayah terbabit berpura-pura kononnya mahu melakukan operasi dan serbuan terhadap kafe siber terbabit yang didakwa melakukan kesalahan mengikut undang-undang MBPJ.
“Suspek bergaduh dengan pemilik pusat siber itu sebelum suspek cuba melarikan diri dengan menaiki kereta. Namun, selepas dikejar lebih satu kilometer, kereta dinaiki suspek terbabas berhampiran pangsapuri di BU11, Bandar Utama di sini.
“Kesempatan itu diambil orang ramai untuk menahan penjenayah dan tindakan suspek yang enggan menyerah diri menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dibelasah,” katanya.
Menurutnya, suspek yang lengkap memakai pakaian seragam dan seluar biru berserta kasut hitam menyerupai kakitangan MBPJ diikat penduduk.
“Semua mereka yang juga warga tempatan diserahkan kepada anggota polis yang tiba ke lokasi kejadian tidak lama kemudian selepas dimaklumkan kejadian itu,’ katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata kelima-lima penguat kuasa palsu terbabit menaiki Proton Wira putih dan sebuah lori sebelum berhenti berhampiran kafe siber berkenaan.
Menurutnya, suspek yang mendakwa diarahkan merampas semua peralatan komputer dalam kafe siber itu sempat mengumpulkan semua komputer berkenaan untuk dipunggah ke atas lori.
“Bagaimanapun, pengusaha premis terbabit yang tidak berpuas hati meminta anggota ‘penguat kuasa’ itu menjelaskan kesalahan dilakukan mengikut prosedur MBPJ.
“Tindakan mangsa yang meminta dokumen dan penjelasan lengkap itu menyebabkan kumpulan penjenayah panik. Mereka yang cemas dan tidak dapat menjelaskan prosedur berkenaan melarikan diri menaiki kereta itu manakala lori ditinggalkan,” katanya.
Menurutnya, sejurus menyedari penipuan itu, pengusaha premis dan orang awam mengejar kereta suspek beramai-ramai sebelum kereta penjenayah terbabas berhampiran kawasan Bandar Utama.
Beliau berkata, empat daripada suspek ditahan orang awam manakala seorang lagi sempat melepaskan diri.
Sumber : Harian Metro
Pelanggan Pusat Siber Disamun
Harian Metro 28 August 2010
JOHOR BAHRU: Sekumpulan pelanggan yang leka bermain permainan internet awal pagi